Tuesday, October 17, 2017

Bangkit Kembali

Assalamu'alaikum semua, alhamdulillah dengan izin Allah setelah lama tidak menulis di laman blog, diberi keizinan untuk membuat kembali nukilan rasa dan tinta hebat untuk tatapan diri dan sahabat semua.

Setelah kali terakhir ketika berada di lautan, diizinkan Allah sekali lagi untuk berkongsi elmu berkenaan potensi diri. Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya memperkenalkan diri saya, nama pena yang kebiasaanya orang kenal adalah Faryd@Fardan Shaqiri atau lebih dikenali sebagai Sang Pedagang, berasal dari Segamat,Johor,bekerjaya sebagai seorang jurutera freelance untuk industri minyak dan gas lebih kurang 10 tahun, pernah berkecimpung dalam perniagaan dan jatuh sehingga 8 angka
ketika hujung 2014.

Alhamdulillah,setelah 3 tahun, Allah mengizinkan saya untuk kembali bangkit dengan sepenuh hati bagi memberi manfaat kepada ramai orang.

Kenapa dengan potensi diri? Walaupun,sebelum ini sang pedagang hanya banyak bertalaqi di lingkungan besi-besi, paip, struktur kapal, pelantar minyak dan gas, ternyata, jiwa yang bernadi ini perlukan sesuatu yang bernilai untuk meneruskan kelangsungan hidup..Sesuatu yang bernilai itulah diri kita yang sebenar. Ketika episod kejatuhan sungguh sang pedagang tidak tentu arah,dan adakala kawan berkata jika aku berada di tempat kau,sungguh aku pasti naik GILA!

Nampakkan penangannya, sungguh untuk merasionalkan diri lebih payah untuk merasionalkan orang lain.. InsyaAllah sepanjang coretan sang pedagang dalam laman ini bakal memberi manfaat kepada ramai orang.teruskan bersama Sang Pedagang, InsyaAllah ada kisah-kisah yang hebat sepanjang perkelanaan sang pedagan ke negara orang,kehidupan seharian,pekerjaan,perniagaan mahupun psikologi kemanusiaan buat tatapan sahabat-sahabat pembaca.

Salam Ukhwah buat semua dan dengan ini INFINITS - Discover Your True Self dilancarkan tepat jam 2304 malam pada tarikh 17 Oktober 2017

Tuesday, February 15, 2011

Hanya 3 orang Melayu Paling Kaya d Malaysia


Sumber:Malaysia Kini

Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion

Thursday, December 30, 2010

Selamat tahun baru 1432H dan 2011


Assalamu'alaikum,selamat menyambut tahun baru hijriah 1432H dan tahun 2011 (sekalipun Safar 1432H menjengah),pastinya akan tersingkap kalender baru dalam hidup dan impian kita sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan redhaNya..sekalipun baru bermula dalam dunia blog baru2 ni,insyaAllah kawan akan terus kongsi dan berdiskusi bersama rakan2 seperjuangan dalam menyampaikan ilmu2 kurniaan Allah ini..sekalipun December 2010 kawan tidak dpt post di sebabkan ade kekangan masa menyelesaikan laporan-laporan untuk Talisman Malaysia Limited,insyaAllah kawan akan susun dan cuba sampaikan apa yang kawan dapat sepanjang 2 bulan di perairan Malaysia-Vietnam..dan menarik 2011 kawan akan cuba kongsikan tentang motivasi perniagaan diselitkan dengan kepentingan simpanan emas dan perak.Alhamdulillah baru-baru ni kawan dah start beli wang dinar sebanyak 3 keping (motivasi untuk pergi ke tanah suci =),mudah2an dipermudahkan urusanku,urusan isteriku,urusan keluargaku dunia akhirat amiiin Ya Rabbal 'Alamin


P/S:gambar diatas ehsan google =),terima kasih idil atas perkongsian

Monday, November 29, 2010

Berfikir dan Berjiwa Besar


'Kejayaan dalam perniagaan tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa mula berniaga tetapi pada Ilmu yang kita peroleh dan yang digunakan semasa kita berniaga'

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, lama juga x post blog (walaupun seminggu terasa lama tu hehe),sebab tidak ku ketahui tangan ni mula asik terasa gatal untuk terus dan terus menulis sekalipun dalam pekerjaan,kehidupan seharian, dan motivasi perniagaan,namun insyaAllah diberi keizinan untuk menulis untuk ummah pastinya..Bila kawan 'post' Cukup indah untuk isteriku dalam farydsyakirin.blogspot.com,terdetik plak fikiranku, benarkah indah yang kami rasakan dan paling penting apa yang isteriku fikirkan huhu..insyaAllah akan ku bina kebahagiaan dan keindahan itu untukmu..=)..

Berbalik kepada tajuk 'post' kali ni... Berfikir dan Berjiwa Besar,ke guane?(teringat plak si wan kawanku,manjang soal balik mcm tu smpi orang lainpun naik bingung hehe)..sedikit motivasi untuk diri ini dan sahabat2 di luar sana,logiknya begini sekiranya kita berfikiran besar, pasti hasilnya juga besar,itulah rumus paling mudah dalam hidup..namun jangan lupa sentiasa berdoa padaNya,agar pencarian dan fikiran kita itu tidakla melanggar perintahNya..

Quote yang paling bermakna dalam hidupku,dalam pekerjaanku dan motivasi perniagaanku ini adalah
'Kejayaan dalam perniagaan tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa mula berniaga tetapi pada Ilmu yang kita peroleh dan yang digunakan semasa kita berniaga'


Formula mudah dalam hukum alam,sekiranya kita yakin kita akan berjaya,kejayaan adalah kemenangan kerana kejayaan dan pencapaian adalah kayu ukur kita dalam kehidupan..tapi mungkin ada yang mengeluh,kalau gagal? tolong diri anda sendiri ye hehe,tidakla macam itu sebenarnya tiada istilah gagal dalam perniagaan,istilah yang paling menguntungkan diri anda adalah kita masih belum berjaya lagi,sebabnya kejayaan adalah penghasilan dari proses kita berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk terus dan terus maju sekalipun ditimpa pelbagai halangan dan dugaan, Allah memberikan ujian dan dugaan itukan sebab Dia sayangkan kita =)

Keyakinan itu adalah medium untuk mencapai objektif yang ditetapkan yang boleh muncul dengan sendirinya dalam benak kita.Rasa-rasanya kan hidup kita ni terlalu singkat jika kita bazirkan dengan terus merasa rendah diri dan berasa 'kerdil' dengan keupayaan anda sendiri..ayuh,teruskan untuk berfikiran besar..Jutawan ke 300 lebih Donald Trumph pun menggesa supaya kita berfikiran besar, x rugi pun malahan menguntungkan kehidupan kita sebenarnya...

Berfikirlah secara besar,maka secara logiknya kita akan dapat hidup sebagai orang yang 'besar',bukan besar saiz ok hehe, besar dari sudut jiwanya untuk mencapai kejayaan,besar azamnya untuk mengubah kehidupan, besar kebahagiaan yang ingin diciptakan,besarnya pendapatan yang diimpikan dan besarnya bilangan kawan-kawan yang berkualiti yang sefikrah dengan kita...

Ayuh terus maju ya,terus berfikiran besar,Positif dalam kehidupan anda,insyaAllah Dia akan berikan hasil kejayaan terbaik untuk hidup kita.

Terima kasih graphikaddict.wordpress.com untuk gambar 'Think Big'

Faryd Syakirin
0231
30/11/2010

Sunday, November 21, 2010

Dylin Wilk- Robin Hood Alaf ke 21




Setelah membaca kisahjutawan.blogspot (rencana dari sepupu saya), saya tertarik dengan kisah ni,dan saya petik untuk memberi inspirasi kepada bakal2 usahawan jutawan suatu hari nanti (termasuk diri saya ni) insyaAllah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam rindu dan kasih saya tujukan buat pembaca blog yg setia, sekali lagi saya dihantar keluar daerah iaitu ke Johor Bahru untuk bertugas di Minggu Amanah Saham 2009 (MSAM 2009) yg berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru. Memang tidak dinafikan 10 hari saya bertugas disana memang amat memenatkan. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya, kesedaran tentang pelaburan untuk masa depan semakin berkembang baik dikalangan masyarakat Bumiputra.

Ramai diantara kita melabur untuk mengembang biakkan simpanan kita supaya semakin bertambah dari hari ketahun. Terdapat pelbagai cabang pelaburan yg disyor dan disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia. Saya ada berbual dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yg petah berbicara sepanjang saya berada di MSAM 2009. Perbualan yg saya sengajakan kerana ingin melihat dan meneroka pandangan seorang anak kecil terhadap pelaburan. "Adik datang sini dengan mak buat ape?"..tanya saya... "Mak nak bukak akaun tok haziq,nak suruh haziq simpan duit banyak-banyak"...Soalan kedua yg saya tanya pada haziq.."Duit dah banyak haziq nak buat ape nanti"...pada tanggapan saya, seorang anak kecil akan menjawap duit yg diperolehinya nanti akan dibeli macam-macam..

Tetapi jawapan yg saya perolehi daripada haziq sangat berbeza.."Haziq nak derma kat orang miskin..orang susah"...saya agak terkejut dan fikiran saya melayang jauh...Kebiasaan daripada kita hanya ingin berjaya dan bergelar JUtawan hanya untuk dirinya sendiri dan bukan kerana ingin memenuhi tanggungjawab kepada Masyarakat,Agama ataupun Negara. Sifat seperti ini sememanngya ada pada semua orang, termasuk saya.

Saya ingin berkongsi cerita kejayaan seorang bernama Dylan Wilk, seorang pemuda berusia 30 tahun dan berasal daripada Leeds United Kingdom. Beliau yg pada mulanya dibesarkan dalam keluarga miskin dan memulakan perniagaan atas pinjaman yg disediakan oleh Putera Charles sebanyak Pound 2500 . Bagaimanapun beliau berjaya mengaut keuntungan 88juta Pound dalam masa 4 tahun. Beliau yg menjalankan perniagaan "GAME" merupakan orang yg ke 9 terkaya di UK dibawah usia 30 tahun!!!!!!!...

Tidak dinafikan kekayaan yg melimpah-limpah membuatkan beliau menukar gaya hidupnya kepada kehidupan yg menjadi angan-angan semua pemuda seusia dengannya. Bermalam di Hotel 5 bintang,melancong ke seluruh dunia, dan deretan kereta mewah seperti ferrari,porsche, BMW dan bermacam-macam lagi. Beliau yg kerap bertukar-tukar kereta kerana kerap bosan dengan koleksi-koleksi kereta yg dimiliki beliau. Satu peristiwa yg mengubah persepsi beliau tentang erti "Kebahagiaan" yg sebenar terjadi apabila beliau membeli kereta Ferrari iaitu kereta yg menjadi kegilaannya sejak kecil. Apabila memandu kenderaan tersebut untuk tempoh 2 minggu, beliau mula merasa bosan dan tidak merasakan pembelian kereta tersebut benar-benar membuatkan beliau bahagia.

Beliau terfikir, "Adakah sesuatu tidak kena dengan kereta ini ataupun sesuatu tidak kena dengan dirinya"..Beliau mengembara keseluruh dunia untuk menenangkan diri dan mencari erti kehidupan yg sebenar. Beliau di jemput ke Filipina untuk melihat program membantu fakir miskin disana untuk membina tempat tinggal untuk mereka. Beliau mula terfikir bahawa kehidupannya yg bermewah-mewah selama ini adalah sangat tidak bertanggungjawap dan tidak prihatin kepada nasib orang lain.

Beliau menjual salah satu daripada kereta kesayangan beliau iaitu BMW M3 dan wang tersebut mampu untuk membina 63 biji rumah untuk orang miskin di Filipina. Beliau bertekad untuk melakukan perubahan atas dasar tanggungjawap dan kesedaran tentang erti kebahagiaan yg sebenar. Beliau kini aktif sebagai aktivis kemanusiaan di FIlipina.

Ini adalah salah satu contoh JUtawan yg mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawap untuk melakukan perubahan. Kejayaan yg kita perolehi seharusnya datang bersama tanggungjawap dan kesedaran yg mendalam tentang perubahan yg mampu kita lakukan untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Setiap agama mengalakkan sifat pemurah kepada pengikutnya. Saya berharap, suatu hari nanti akan lahir lebih ramai Jutawan yg akan mengikut jejak langkah menjadi seorang yg pemurah seperti Dylan Wilk ataupun seperti idola saya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak hasil yg baik akan anda perolehi..percayalah..

Sunday, November 14, 2010

Sedikit renungan untuk Usahawan Muslim


Alhamdulillah, br je selepas solat jama' maghrib isyak atas kapal yang sedang belayar,mcm biasa kawan meneruskan bacaan Al Quran dan istimewanya hari ni sampai ke Surah Saba', dan ayat2 di bawah membuatkan kawan terfikir dan merenung diri dan senario usahawan kita, ada yang 'menjadi' dan ada yang terus menyalahkan sebab diri mereka Melayu tidak setanding dengan usahawan kaum Cina terutamanya, namun terjemahan ayat di bawah menggambarkan sebaliknya,dan mengapa Tan Sri Mokhtar Al Bukhari boleh menjadi 'cream of the cake' usahawan Melayu yang dikelilingi usahawan lain untuk carta top ten terkaya di Malaysia.

Ayat surah Saba' ayat 36 dan ayat 39 membuatkan kawan terkesima,janji Allah sebenarnya pasti,yang penting kita sebagai manusia perlu sentiasa memohon pdNya tanpa mengenal erti penat dan jemu

Teringat jugak dengan kata2 'What U give u get back',insyaAllah selagi kita sentiasa memberi tanpa memikirkan ganjaran dan balasan yang kita inginkan, Allah akan memberi kepada kita pelbagai bentuk rezeki tanpa disangka2. Kalau mcm tu diterapkan dalam jiwa umat Islam xde lagi wang seringgit d dermakan setiap Jumaatkan?rm10 keatas pun boleh,sbb Allah janjikan pulangan yang lebih lumayan

(34:34) Dan Kami tidak mengutus kepada suatu negeri seorang pemberi peringatanpun, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: `Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya`.

(34:35) Dan mereka berkata: `Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab .

(34:36) Katakanlah: `Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui`.

(34:37) Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal (saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga).

(34:38) Dan orang-orang yang berusaha (menentang) ayat-ayat Kami dengan anggapan untuk dapat melemahkan (menggagalka azab Kami), mereka itu dimasukkan ke dalam azab.

(34:39) Katakanlah: `Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)`. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.

Friday, November 12, 2010

JAKEL:Gergasi Industri Tekstil


Terdetik untuk kongsi kisah kejayaan seorang usahawan tekstil yang membesar sebagaimana usiaku.Bermula dari kampungku di Segamat dan sekarang berkembang ke seluruh negara dan seorang franchisee nya di Batu Pahat adalah rakan sekelasku.

Empayar bermula dengan RM30
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
.
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan.
.
"APA jua jenis perniagaan tentunya mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri dalam perniagaan."
.
Itulah antara kata-kata semangat daripada arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka.
.
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.
.
Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum.
.
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis yang kecil di Muar, Johor.
.
Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.
.
Tahun demi tahun mereka berniaga untuk survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik yang mampu dimiliki oleh semua golongan.
.
Cabaran membina nama
.
Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat itu.
.
"Perasaan hasad dengki dalam persaingan dunia niaga memang menuntut kesabaran yang tinggi. Sebenarnya ia merupakan perkara biasa dalam bisnes. Apabila perniagaan kita nampak maju sedikit, mulalah orang hendak menjatuhkan kita," katanya.
.
Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan berharga mahal.
.
"Malah, tanggapan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Apatah lagi, perniagaan fabrik kini mempunyai saingan amat sengit," ulasnya ketika ditemui Stailo di Wisma Jakel, Jalan Masjid India baru-baru ini.
.
Tidak cukup dengan itu, ketika negara mengalami krisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.
.
Siapa sangka ketika banyak syarikat bergelut dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi rezeki apabila mampu membesarkan ruang niaga dengan membeli panggung wayang Rex untuk dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.
.
Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz memberitahu, ilham tersebut bermula pada tahun 2000.
.
Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan setiap hari Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana kebanyakannya dari luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan di kota-kota lain di seluruh negara.
.
Premis yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008. Ternyata usaha melebarkan sayap ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan buat Jakel.
.
Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air.
.
Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.
"Kita tidak memilih pangkat pembeli. Kalau mereka datang beli di sini, layanan yang diberikan sama sahaja iaitu seorang pembeli akan dikendalikan oleh seorang jurujual.
.
"Bermula dari pemilihan dan potongan fabrik semuanya akan dibantu oleh jurujual yang sama," terangnya yang kini sudah tujuh tahun menerajui perniagaan tekstil Jakel.
.
Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara.
.
Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal, termasuk Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.
.
Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal, pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.
.
Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel dilihat semakin menyinar di persada tekstil negara apabila membuka cawangan baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.
.
Gedung seluas 7,432 meter persegi itu memenuhi permintaan pelanggan yang tidak memerlukan orang ramai berkunjung ke tempat lain untuk mendapatkan fabrik.
.
Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan baju tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai tudung.
.
"Shah Alam dipilih sebagai lokasi gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau Puchong.
.
"Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah untuk datang ke cawangan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan ruang parkir yang luas demi memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya yang kini perlu mengendalikan seramai 4,000 kakitangan.
.
Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan peluang membantu peniaga Bumiputera dengan menyediakan kemudahan francais. Menariknya, francais yang diberikan itu bukannya meletakkan label nama Jakel, sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh menggunakan pilihan nama sendiri.
.
"Nama Jakel hanya tertera kecil di bawah nama kedai tersebut. Walaupun kedai itu bukannya nama Jakel tetapi barangan yang dijual merupakan 100 peratus dari gedung kami.
.
"Sehingga kini kita mempunyai 14 francais yang mana antaranya terdapat di Pahang, Kelantan dan Kedah," terangnya.
.
Rai pelanggan
.
Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25 yang hanya diraikan sekali setahun, gedung ternama tersebut mengadakan promosi hebat untuk menghargai pelanggan mereka yang setia memberi sokongan.
.
Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang ramai boleh mendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah di Jakel kerana setiap pembelian akan menerima ganjaran istimewa.
.
Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli bertuah, tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi tersebut apabila setiap pembelian RM250 ke atas akan mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.
.
PARA peserta pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.
Sementara itu, bagi yang meniti detik menjadi raja sehari, pembelian set pakaian pengantin renda Perancis yang berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket bernilai RM100.
.
"Bukan setakat fabrik untuk pakaian, mereka yang membeli langsir berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan tambahan langsir berukuran lima meter.
.
"Tawaran yang disediakan ini memang menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad kepada bilangan pelanggan tertentu yang ke gedung kami," katanya.