'Kejayaan dalam perniagaan tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa mula berniaga tetapi pada Ilmu yang kita peroleh dan yang digunakan semasa kita berniaga'
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, lama juga x post blog (walaupun seminggu terasa lama tu hehe),sebab tidak ku ketahui tangan ni mula asik terasa gatal untuk terus dan terus menulis sekalipun dalam pekerjaan,kehidupan seharian, dan motivasi perniagaan,namun insyaAllah diberi keizinan untuk menulis untuk ummah pastinya..Bila kawan 'post' Cukup indah untuk isteriku dalam farydsyakirin.blogspot.com,terdetik plak fikiranku, benarkah indah yang kami rasakan dan paling penting apa yang isteriku fikirkan huhu..insyaAllah akan ku bina kebahagiaan dan keindahan itu untukmu..=)..
Berbalik kepada tajuk 'post' kali ni... Berfikir dan Berjiwa Besar,ke guane?(teringat plak si wan kawanku,manjang soal balik mcm tu smpi orang lainpun naik bingung hehe)..sedikit motivasi untuk diri ini dan sahabat2 di luar sana,logiknya begini sekiranya kita berfikiran besar, pasti hasilnya juga besar,itulah rumus paling mudah dalam hidup..namun jangan lupa sentiasa berdoa padaNya,agar pencarian dan fikiran kita itu tidakla melanggar perintahNya..
Quote yang paling bermakna dalam hidupku,dalam pekerjaanku dan motivasi perniagaanku ini adalah
'Kejayaan dalam perniagaan tidak terletak pada tahap pengetahuan kita semasa mula berniaga tetapi pada Ilmu yang kita peroleh dan yang digunakan semasa kita berniaga'
Formula mudah dalam hukum alam,sekiranya kita yakin kita akan berjaya,kejayaan adalah kemenangan kerana kejayaan dan pencapaian adalah kayu ukur kita dalam kehidupan..tapi mungkin ada yang mengeluh,kalau gagal? tolong diri anda sendiri ye hehe,tidakla macam itu sebenarnya tiada istilah gagal dalam perniagaan,istilah yang paling menguntungkan diri anda adalah kita masih belum berjaya lagi,sebabnya kejayaan adalah penghasilan dari proses kita berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk terus dan terus maju sekalipun ditimpa pelbagai halangan dan dugaan, Allah memberikan ujian dan dugaan itukan sebab Dia sayangkan kita =)
Keyakinan itu adalah medium untuk mencapai objektif yang ditetapkan yang boleh muncul dengan sendirinya dalam benak kita.Rasa-rasanya kan hidup kita ni terlalu singkat jika kita bazirkan dengan terus merasa rendah diri dan berasa 'kerdil' dengan keupayaan anda sendiri..ayuh,teruskan untuk berfikiran besar..Jutawan ke 300 lebih Donald Trumph pun menggesa supaya kita berfikiran besar, x rugi pun malahan menguntungkan kehidupan kita sebenarnya...
Berfikirlah secara besar,maka secara logiknya kita akan dapat hidup sebagai orang yang 'besar',bukan besar saiz ok hehe, besar dari sudut jiwanya untuk mencapai kejayaan,besar azamnya untuk mengubah kehidupan, besar kebahagiaan yang ingin diciptakan,besarnya pendapatan yang diimpikan dan besarnya bilangan kawan-kawan yang berkualiti yang sefikrah dengan kita...
Ayuh terus maju ya,terus berfikiran besar,Positif dalam kehidupan anda,insyaAllah Dia akan berikan hasil kejayaan terbaik untuk hidup kita.
Terima kasih graphikaddict.wordpress.com untuk gambar 'Think Big'
Faryd Syakirin
0231
30/11/2010

salam bro,
ReplyDeletemaksudnya angan-angan mat jenin dulu takde salahnya kan? itu lah teori think big drpd org melayu kita, cuma umurnya tak panjang. huhuhu.
agree tak?
waalaikumussalam..tu yg kt kene betulkan..angan2 mat jenin adalah istilah org melayu kita..sebenarnye teori think big ni ade struktur yg konkrit sekalipun tidak akan menjadi realiti,yg ptg sematkan impian,tulis dan ubah mengikut keperluan dan keadaan semasa..hehe,umur x panjang tu serah pdNya,yg ptg selagi hayat dikandung badan,pulun
ReplyDelete